Sabtu, 10 Oktober 2009

Kumpulan-kumpulan 5S

Kesinambungan dari rombakan zon,maka wujudlah kumpulan-kumpulan baru yang terdiri dari :

Zon De’ Warisan
· Kumpulan Dahlia
· Kumpulan Mawar
· Kumpulan Orkid
· Kumpulan Rafflesia


Zon Wawasan
· Kumpulan Dinar
· Kumpulan Hotelier


Zon Pantau
· Kumpulan Alpha
· Kumpulan Bravo
· Kumpulan Charlie
· Kumpulan Delta


Zon Optimus
· Kumpulan Elektron
· Kumpulan Megatron
· Kumpulan Neutron

Zon-zon 5S

Pada 3 Jun 2009,Ahli Jawatankuasa Pemandu di dalam Mesyuarat Bil 13/2009 telah bersetuju untuk merombak zon-zon sedia ada yang terdiri dari Zon Berlian,Zon Emas,Zon Kristal,Zon Topaz dan Zon Zamrud.

Zon-zon ini digantikan dengan:

1) Zon De' Warisan : dianggotai oleh Unit Pentadbiran dan USMB

2) Zon Wawasan : dianggotai oleh Unit Asrama dan Unit Kewangan

3) Zon Pantau : dianggotai oleh Unit Keselamatan

4 ) Zon Optimus : dianggotai oleh Unit Fasiliti.

Selasa, 6 Oktober 2009

Sejarah Penubuhan 5S

5S telah ditubuhkan pada 27 Julai 2005 dengan perlantikan Pn. Salina Jaafar sebagai Penyelaras dan dibantu oleh En. Rosly Md. Desa sebagai Penolong Penyelaras. Jawatankuasa 5S turut dianggotai seramai 8 orang staf yang mewakili unit-unit di Pusat Latihan UiTM. Perjumpaan pertama telah diadakan pada 10 Ogos 2005.

Gerakan 5S Pusat Latihan UiTM telah dilancarkan pada 3 Februari 2007 oleh Pendaftar UiTM iaitu Yang Berbahagia Dr. Hajah Zahrah Bt. Mokhtar. Pada ketika itu, Pusat Latihan UiTM dibahagikan kepada 5 Zon yang terdiri dari :

1. Zon Berlian – Ketua Zon : Ahmad Adam Bin Rusly
2. Zon Emas – Ketua Zon : Azahari Bin Ahmad
3. Zon Kristal – Ketua Zon : Mohd Zaiafzanizam Bin Mohd Zahid
4. Zon Topaz – Ketua Zon : Shahrul Nizam Bin Mohd Azba
5. Zon Zamrud – Ketua zon : Roslan Bin Abdul Hamid

Pada peringkat permulaan, Gerakan Kualiti 5S Pusat latihan UiTM telah diberi tunjuk ajar oleh En. Ehsan Bin Amin dari Unit Kualiti Pejabat Pendaftar.Sebanyak 2 kursus telah diadakan bersama beliau iaitu :
1. Kursus Asas 5S Siri 1 – 11 hingga 12 Disember 2006
2. Kursus Asas 5S Siri 2 – 28 hingga 30 Disember 2007

Jumaat, 2 Oktober 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum.

Blog ini diwujudkan khusus untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti 5S yang berlaku di sekitar Pusat Latihan UiTM dalam usaha kami untuk mendapatkan Pensijilan 5S. Di samping itu,kami juga berharap agar pengunjung-pengunjung blog ini dapat berkongsi ilmu dan maklumat mengenai 5S.