Selasa, 29 Disember 2009

Rabu, 23 Disember 2009

Pemakluman Audit : Siri 3

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman Siri 3/2009 akan diadakan pada 31 Disember 2009. Diharapkan agar kumpulan-kumpulan bersedia dan pastikan setiap kumpulan melantik pengiring juruaudit di kawasan masing-masing.

Jumaat, 11 Disember 2009

Keputusan audit : Siri 2/2009

Di dalam audit siri kedua,Jawatankuasa Audit telah melakukan sedikit perubahan di mana pada kali ini skop audit adalah bertumpu kepada kumpulan-kumpulan 5S berbanding zon-zon 5s yang telah dilaksanakan pada Audit Siri 1.

Keputusan Audit Siri 2/2009 adalah seperti berikut :

1 - Kumpulan Dinar
2 - Kumpulan Hotelier
3 - Kumpulan Elektron
4 - Kumpulan Charlie
5 - Kumpulan Neutron
6 - Kumpulan Alpha
7 - Kumpulan Dahlia
8 - Kumpulan Megatron
9 - Kumpulan Delta
10 - Kumpulan Mawar
11 - Kumpulan Orkid
12 - Kumpulan Bravo
13 - Kumpulan Rafflesia

Tahniah untuk kumpulan yang berjaya.Pada kumpulan-kumpulan yang lain,teruskan gerak kerja dengan lebih gigih agar dapat meningkatkan prestasi kumpulan bagi audit yang akan datang.



Sekitar sesi penyampaian cek kepada kumpulan yang menang.

Kumpulan Dinar
Kumpulan Hotelier






Selasa, 1 Disember 2009

Pemakluman Audit : Siri 2

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman Siri 2/2009 akan diadakan pada 08 Disember 2009. Sewaktu audit dijalankan,staf yang menjaga lokasi tertentu diminta ada bersama-sama juruaudit supaya sebarang permasalahan dapat dijelaskan dan dapat difahami bersama.

Khamis, 26 November 2009

Keputusan Audit : Siri 1/2009

Alhamdulillah...Audit yang julung-julung kali diadakan telah berjaya disempurnakan.Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah yang dihadapi,namun para juruaudit telah memberikan komitmen yang baik di sepanjang tempoh audit dilaksanakan.

Skop audit pada kali ini adalah meliputi 4 Zon iaitu Zon Wawasan, Zon De' Warisan, Zon Pantau
dan Zon Optimus.

Keputusan audit pada siri 1/2009 adalah seperti berikut :
1 - Zon De' Warisan
2 - Zon Optimus
3 - Zon Pantau
4 - Zon Wawasan

Isnin, 2 November 2009

Zon Wawasan


Zon Pantau


Zon Optimus


Zon De' Warisan
















AJK Induk 5S

Berikut merupakan Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Induk 5S Pusat Latihan UiTM :

Sabtu, 10 Oktober 2009

Kumpulan-kumpulan 5S

Kesinambungan dari rombakan zon,maka wujudlah kumpulan-kumpulan baru yang terdiri dari :

Zon De’ Warisan
· Kumpulan Dahlia
· Kumpulan Mawar
· Kumpulan Orkid
· Kumpulan Rafflesia


Zon Wawasan
· Kumpulan Dinar
· Kumpulan Hotelier


Zon Pantau
· Kumpulan Alpha
· Kumpulan Bravo
· Kumpulan Charlie
· Kumpulan Delta


Zon Optimus
· Kumpulan Elektron
· Kumpulan Megatron
· Kumpulan Neutron

Zon-zon 5S

Pada 3 Jun 2009,Ahli Jawatankuasa Pemandu di dalam Mesyuarat Bil 13/2009 telah bersetuju untuk merombak zon-zon sedia ada yang terdiri dari Zon Berlian,Zon Emas,Zon Kristal,Zon Topaz dan Zon Zamrud.

Zon-zon ini digantikan dengan:

1) Zon De' Warisan : dianggotai oleh Unit Pentadbiran dan USMB

2) Zon Wawasan : dianggotai oleh Unit Asrama dan Unit Kewangan

3) Zon Pantau : dianggotai oleh Unit Keselamatan

4 ) Zon Optimus : dianggotai oleh Unit Fasiliti.

Selasa, 6 Oktober 2009

Sejarah Penubuhan 5S

5S telah ditubuhkan pada 27 Julai 2005 dengan perlantikan Pn. Salina Jaafar sebagai Penyelaras dan dibantu oleh En. Rosly Md. Desa sebagai Penolong Penyelaras. Jawatankuasa 5S turut dianggotai seramai 8 orang staf yang mewakili unit-unit di Pusat Latihan UiTM. Perjumpaan pertama telah diadakan pada 10 Ogos 2005.

Gerakan 5S Pusat Latihan UiTM telah dilancarkan pada 3 Februari 2007 oleh Pendaftar UiTM iaitu Yang Berbahagia Dr. Hajah Zahrah Bt. Mokhtar. Pada ketika itu, Pusat Latihan UiTM dibahagikan kepada 5 Zon yang terdiri dari :

1. Zon Berlian – Ketua Zon : Ahmad Adam Bin Rusly
2. Zon Emas – Ketua Zon : Azahari Bin Ahmad
3. Zon Kristal – Ketua Zon : Mohd Zaiafzanizam Bin Mohd Zahid
4. Zon Topaz – Ketua Zon : Shahrul Nizam Bin Mohd Azba
5. Zon Zamrud – Ketua zon : Roslan Bin Abdul Hamid

Pada peringkat permulaan, Gerakan Kualiti 5S Pusat latihan UiTM telah diberi tunjuk ajar oleh En. Ehsan Bin Amin dari Unit Kualiti Pejabat Pendaftar.Sebanyak 2 kursus telah diadakan bersama beliau iaitu :
1. Kursus Asas 5S Siri 1 – 11 hingga 12 Disember 2006
2. Kursus Asas 5S Siri 2 – 28 hingga 30 Disember 2007

Jumaat, 2 Oktober 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum.

Blog ini diwujudkan khusus untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti 5S yang berlaku di sekitar Pusat Latihan UiTM dalam usaha kami untuk mendapatkan Pensijilan 5S. Di samping itu,kami juga berharap agar pengunjung-pengunjung blog ini dapat berkongsi ilmu dan maklumat mengenai 5S.