Jumaat, 26 Februari 2010

Pertukaran Staf

Bermula 19 Februari 2010,Mohd Faizal Iza telah dilantik untuk menjadi Ketua Kumpulan Neutron bagi menggantikan En. Musa Ahmad Serbaini yang akan berpindah ke UiTM Shah Alam.

Dalam masa yang sama,2 orang juruaudit yang baru juga telah dilantik iaitu Pn. Safariza Tajudin dan juga En. Mohd Zaiafzanizam Mohd Zahid bagi menggantikan En. Musa Ahmad Serbaini dan juga En. Bahari Untong yang juga turut berpindah ke UiTM Shah Alam.

Kepada Pn. Safariza dan En. Zaiafzanizam,selamat menyertai pasukan audit.
dan buat En. Musa dan En. Bahari,terima kasih di atas komitmen yang telah anda berdua curahkan sepanjang menyertai pasukan audit serta menjadi Ketua Kumpulan Neutron.

Selamat bertugas di tempat baru.

Rabu, 24 Februari 2010

Persaraan En. Roslan

Tanggal 19 Februari 2010 merupakan hari terakhir En. Roslan Abd. Hamid bertugas di Pusat Latihan UiTM.Beliau akan mula bercuti pada 22 Februari 2010 sebelum bersara pilihan pada 1 April 2010.

Sehubungan dengan itu,Ketua AJK Audit yang baru akan digantikan dengan En. Azahari Ahmad manakala Fasilitator Zon wawasan yang baru ialah Pn. Salina Jaafar.

Kepada En.Roslan,terima kasih di atas segala komitmen yang telah dicurahkan sepanjang mengetuai pasukan audit dan juga menjadi fasilitator Zon Wawasan.

Selamat Bersara.

Khamis, 11 Februari 2010

Keputusan Audit Siri 4/2010

Alhamdulillah.Audit Siri 4/2010 telah dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut adalah keputusannya :

1 - Kumpulan Dahlia
2 - Kumpulan Hotelier
3 - Kumpulan Dinar
4 - Kumpulan Alpha
5 - Kumpulan Orkid
6 - Kumpulan Neutron
7 - Kumpulan Charlie
8 - Kumpulan Elektron
9 - Kumpulan Delta
10 - Kumpulan Rafflesia
11 - Kumpulan Mawar
12 - Kumpulan Bravo
13 - Kumpulan Megatron



Sesi penyerahan cek kepada Kumpulan Dahlia