Selasa, 6 Oktober 2009

Sejarah Penubuhan 5S

5S telah ditubuhkan pada 27 Julai 2005 dengan perlantikan Pn. Salina Jaafar sebagai Penyelaras dan dibantu oleh En. Rosly Md. Desa sebagai Penolong Penyelaras. Jawatankuasa 5S turut dianggotai seramai 8 orang staf yang mewakili unit-unit di Pusat Latihan UiTM. Perjumpaan pertama telah diadakan pada 10 Ogos 2005.

Gerakan 5S Pusat Latihan UiTM telah dilancarkan pada 3 Februari 2007 oleh Pendaftar UiTM iaitu Yang Berbahagia Dr. Hajah Zahrah Bt. Mokhtar. Pada ketika itu, Pusat Latihan UiTM dibahagikan kepada 5 Zon yang terdiri dari :

1. Zon Berlian – Ketua Zon : Ahmad Adam Bin Rusly
2. Zon Emas – Ketua Zon : Azahari Bin Ahmad
3. Zon Kristal – Ketua Zon : Mohd Zaiafzanizam Bin Mohd Zahid
4. Zon Topaz – Ketua Zon : Shahrul Nizam Bin Mohd Azba
5. Zon Zamrud – Ketua zon : Roslan Bin Abdul Hamid

Pada peringkat permulaan, Gerakan Kualiti 5S Pusat latihan UiTM telah diberi tunjuk ajar oleh En. Ehsan Bin Amin dari Unit Kualiti Pejabat Pendaftar.Sebanyak 2 kursus telah diadakan bersama beliau iaitu :
1. Kursus Asas 5S Siri 1 – 11 hingga 12 Disember 2006
2. Kursus Asas 5S Siri 2 – 28 hingga 30 Disember 2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan