Jumaat, 29 Januari 2010

Makluman Audit

Dimaklumkan bahawa Audit 5S Siri 4 yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 2 Februari 2010 telah ditangguhkan pada 9 Februari 2010 kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Khamis, 21 Januari 2010

Makluman Audit : Siri 4/2010

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman 5S Siri 4 Tahun 2010 yang melibatkan semua lokasi zon di Pusat Latihan UiTM yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap kumpulan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 02 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Lokasi Zon Dipertanggungjawabkan

Sehubungan dengan itu diminta supaya semua kumpulan membuat persiapan bagi melengkapkan fail kumpulan serta melaksanakan 5S di kawasan masing-masing agar proses audit berjalan lancar. Sewaktu audit dijalankan staf yang menjaga lokasi tertentu diminta ada bersama-sama juruaudit supaya sebarang permasalahan dapat dijelaskan untuk catatan juruaudit.

Selasa, 19 Januari 2010

Keputusan Audit : Siri 3/2009

Tahniah kepada kesemua kumpulan yang telah menjayakan siri audit kali ke 3 ini.Kerjasama yang diberikan kepada juruaudit telah melancarkan sesi audit pada kali ini.Kumpulan-kumpulan juga telah menunjukkan peningkatan dan perkembangan yang sungguh memberangsangkan.Syabas!

Keputusan Audit Siri 3/2009 adalah seperti berikut :

1 - Kumpulan Bravo
2 - Kumpulan Rafflesia
3 - Kumpulan Dahlia
4 - Kumpulan Hotelier
5 - Kumpulan Delta
6 - Kumpulan Megatron
7 - Kumpulan Orkid
8 - Kumpulan Mawar
9 - Kumpulan Charlie
10 - Kumpulan Alpha
11 - Kumpulan Elektron
12 - Kumpulan Neutron
13 - Kumpulan Dinar