Rabu, 29 Disember 2010

Keputusan Audit: Siri 8/2010

Alhamdulillah..Audit siri 8/2010 telah berjaya dilaksanakan dan keputusan juga telah diperolehi.Tahniah diucapkan kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya.

Sekalung penghargaan juga diucapkan buat semua warga Pusat Latihan UiTM atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanajang auditan berlangsung.

Berikut merupakan keputusan audit:

1 - Hotelier
2 - Mawar
3 - Orkid
4 - Bravo
5 - Rafflesia
6 - Elektron
7 - Neutron
8 - Alpha
9 - Dinar
10 - Megatron
11 - Dahlia
12 - Charlie
13 - Delta

Khamis, 23 Disember 2010

Audit 5S Bil 8/2010

Dimaklumkan bahawa audit 5S bil 8/2010 akan diadakan pada 29 Disember 2010 (Rabu).
sehubungan dengan itu,semua kumpulan diminta bersedia dan memastikan fail kumpulan dikemaskini.

Sila pastikan juga bahawa terdapat pengiring yang akan mengiringi juruaudit sepanjang sesi
auditan berlangsung.

Rabu, 22 Disember 2010

Perjumpaan 5S

Satu perjumpaan untuk menyelaraskan fail-fail dokumentasi akan diadakan pada :

Tarikh : 24 Disember 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer Warisan

Oleh yang demikian,Ketua jawatankuasa Latihan dan Promosi,Sekretariat,Fasilitator,Setiausaha Zon serta semua ketua dan setiausaha kumpulan diminta hadir.Sila bawa bersama fail dokumentasi kumpulan anda.

Rabu, 8 September 2010

Perjumpaan 5S

Satu perjumpaan 5S bersama En. Ehsan Amin telah diadakan pada 7 September 2010 bertempat di Dewan Seminar Warisan.

Antara perkara-perkara yang diperbincangkan adalah mengenai :
- Manual 5
- Carta Perbatuan Perancangan dan Perlaksanaan.
- Penyeragaman 5S
- Pencapaian 5S

Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama bagi kemajuan 5S Pusat Latihan UiTM.

Selasa, 7 September 2010

Makluman Audit

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman 5S Siri 8/2010 akan diadakan pada 23 September 2010.

Khamis, 26 Ogos 2010

Keputusan Audit Siri 7/2010

Alhamdulillah....Audit Dalaman 5S Siri 7/2010 telah berjaya dengan sempurnanya.Walaupun audit pada kali ini berlangsung pada bulan Ramadhan,namun ianya tidak menjejaskan sedikit pun komitmen dan semangat ahli-ahli kumpulan serta para juruaudit.

Berikut merupakan keputusan audit pada kali ini.

1 - Alpha
2 - Dinar
3 - Hotelier
4 - Dahlia
5 - Orkid
6 - Mawar
7 - Megatron
8 - Neutron
9 - Charlie
10 - Rafflesia
11 - Delta
12 - Bravo
13 - Elektron

Jumaat, 20 Ogos 2010

Makluman audit

Dimaklumkan bahawa audit siri 7/2010 akan diadakan pada 26 Ogos 2010.

Diharapkan agar semua kumpulan dapat bersedia dan memberikan komitmen untuk
audit pada kali ini.

Ahad, 11 Julai 2010

Keputusan Audit Siri 6/2010

Keputusan audit untuk siri 6/2010 telah pun dikeluarkan oleh Ketua Juruaudit iaitu En. Azahari Ahmad.Berikut merupakan kedudukan bagi setiap kumpulan.

1 - Dinar
2 - Neutron
3 - Bravo
4 - Alpha
5 - Megatron
6 - Hotelier
7 - Dahlia
8 - Delta
9 - Orkid
10 - Rafflesia
11 - Mawar
12 - Elektron
13 - Charlie

Rabu, 7 Julai 2010

Lawatan ke KD Pelandok,TLDM Lumut

Pada 5 Julai 2010,seramai 33 orang staf Pusat Latihan telah berkunjung ke KD Pelandok,TLDM Lumut bagi melihat amalan 5S di sana. Kunjungan kami disambut meriah oleh AJK 5S KD Pelandok serta Lt.Komander Jamel bin A. Rahman. Sesi taklimat disampaikan sendiri oleh Lt. Komander Jamel di Dewan Auditorium sebelum menikmati minum pagi. Seterusnya kami dibawa melawat Galeri Q,Perpustakaan serta Fakulti-fakulti yang terdapat di sana.Untuk pengetahuan,KD Pelandok telah berjaya mendapatkan Pensijilan 5S pada 29 Jun 2010 dan kami adalah merupakan kumpulan pertama yang mengadakan lawatan ke sana.

Jutaan terima kasih buat team-team 5S KD Pelandok di atas kesudian anda menerima lawatan kami serta berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai 5S.

Semoga lawatan pada kali ini dapat mencetuskan semangat serta iltizam staf Pusat Latihan UiTM agar lebih komited dalam usaha-usaha untuk mendapatkan Pensijilan 5S.

Sabtu, 5 Jun 2010

Amalan 5S

Antara amalan-amalan 5S di Pusat Latihan UiTM ialah :

Label di Rak Stor Alatulis

Susunan stok di Stor Fasiliti

Susunan alatan di Stor Fasiliti

Kabinet fail

Peti Ubat

Susunan Fail di Meja

Senarai nama pegawai

Susunan Rak Kunci

Alat Pemadam Api

Label di kabinet simpanan

Garis penandaan bagi peralatan gunasama

Laci untuk alatulis

Senarai Cop yang Digunakan

Salah satu sudut 5S yang terdapat di Pusat Latihan UiTM















Jumaat, 7 Mei 2010

Gotong royong

berikut adalah merupakan gambar-gambar yang telah diambil sekitar aktiviti gotong royong yang telah dijalankan di Pusat Latihan UiTM.


~ Taklimat sebelum gotong royong ~



~ Gotong royong di Depoh Pelupusan ~

~ mengecat larian berhalangan ~

~ mengecat kerusi batu ~
~ mengemas Dewan Seminar ~

~ penandaan lampu ~

~ mengecat line jalan ~



Selasa, 4 Mei 2010

Keputusan Audit

Alhamdulillah.Audit Siri 5(2)/2010 telah berjaya dilaksanakan dengan lancarnya.

Berikut adalah keputusannya:

1 - Bravo
2 - Hotelier
3 - Alpha
4 - Rafflesia
5 - Megatron
6 - Delta
7 - Dahlia
8 - Mawar
9 - Dinar
10 - Orkid
11 - Charlie
12 - Neutron
13 - Elektron

Syabas kepada kumpulan yang berjaya.Semoga ianya dapat membakar semangat kumpulan-kumpulan yang lain.

Khamis, 8 April 2010

Makluman Audit

Audit Siri 5(2)/2010 akan diadakan pada 30 April 2010.Audit ini dilakukan memandangkan audit siri 5/2010 yang telah dilaksanakan pada 24 Mac 2010 tidak memberikan keputusan yang
mengkhusus kepada kumpulan sebaliknya hanya pemerhatian secara menyeluruh yang di
lakukan oleh En. Ehsan Amin dan Pn. Azmah Maali.

Sehubungan itu,AJK Audit telah bersetuju untuk melaksanakan audit siri 5 kali kedua pada hari Jumaat 30 April 2010 ini.

Rabu, 3 Mac 2010

Makluman Audit

Dimaklumkan bahawa audit siri ke 5/2010 akan diadakan pada 24 Mac 2010.
Untuk pengetahuan semua,audit pada kali ini akan dijalankan oleh juruaudit luar yang dijemput khas dari UiTM Shah Alam dengan bantuan En. Ehsan Amin dari Unit Kualiti.

Diharapkan kesemua kumpulan dapat bersedia untuk audit yang akan dilaksanakan ini.

Jumaat, 26 Februari 2010

Pertukaran Staf

Bermula 19 Februari 2010,Mohd Faizal Iza telah dilantik untuk menjadi Ketua Kumpulan Neutron bagi menggantikan En. Musa Ahmad Serbaini yang akan berpindah ke UiTM Shah Alam.

Dalam masa yang sama,2 orang juruaudit yang baru juga telah dilantik iaitu Pn. Safariza Tajudin dan juga En. Mohd Zaiafzanizam Mohd Zahid bagi menggantikan En. Musa Ahmad Serbaini dan juga En. Bahari Untong yang juga turut berpindah ke UiTM Shah Alam.

Kepada Pn. Safariza dan En. Zaiafzanizam,selamat menyertai pasukan audit.
dan buat En. Musa dan En. Bahari,terima kasih di atas komitmen yang telah anda berdua curahkan sepanjang menyertai pasukan audit serta menjadi Ketua Kumpulan Neutron.

Selamat bertugas di tempat baru.

Rabu, 24 Februari 2010

Persaraan En. Roslan

Tanggal 19 Februari 2010 merupakan hari terakhir En. Roslan Abd. Hamid bertugas di Pusat Latihan UiTM.Beliau akan mula bercuti pada 22 Februari 2010 sebelum bersara pilihan pada 1 April 2010.

Sehubungan dengan itu,Ketua AJK Audit yang baru akan digantikan dengan En. Azahari Ahmad manakala Fasilitator Zon wawasan yang baru ialah Pn. Salina Jaafar.

Kepada En.Roslan,terima kasih di atas segala komitmen yang telah dicurahkan sepanjang mengetuai pasukan audit dan juga menjadi fasilitator Zon Wawasan.

Selamat Bersara.

Khamis, 11 Februari 2010

Keputusan Audit Siri 4/2010

Alhamdulillah.Audit Siri 4/2010 telah dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut adalah keputusannya :

1 - Kumpulan Dahlia
2 - Kumpulan Hotelier
3 - Kumpulan Dinar
4 - Kumpulan Alpha
5 - Kumpulan Orkid
6 - Kumpulan Neutron
7 - Kumpulan Charlie
8 - Kumpulan Elektron
9 - Kumpulan Delta
10 - Kumpulan Rafflesia
11 - Kumpulan Mawar
12 - Kumpulan Bravo
13 - Kumpulan Megatron



Sesi penyerahan cek kepada Kumpulan Dahlia

Jumaat, 29 Januari 2010

Makluman Audit

Dimaklumkan bahawa Audit 5S Siri 4 yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 2 Februari 2010 telah ditangguhkan pada 9 Februari 2010 kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Khamis, 21 Januari 2010

Makluman Audit : Siri 4/2010

Dimaklumkan bahawa Audit Dalaman 5S Siri 4 Tahun 2010 yang melibatkan semua lokasi zon di Pusat Latihan UiTM yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap kumpulan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 02 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Lokasi Zon Dipertanggungjawabkan

Sehubungan dengan itu diminta supaya semua kumpulan membuat persiapan bagi melengkapkan fail kumpulan serta melaksanakan 5S di kawasan masing-masing agar proses audit berjalan lancar. Sewaktu audit dijalankan staf yang menjaga lokasi tertentu diminta ada bersama-sama juruaudit supaya sebarang permasalahan dapat dijelaskan untuk catatan juruaudit.

Selasa, 19 Januari 2010

Keputusan Audit : Siri 3/2009

Tahniah kepada kesemua kumpulan yang telah menjayakan siri audit kali ke 3 ini.Kerjasama yang diberikan kepada juruaudit telah melancarkan sesi audit pada kali ini.Kumpulan-kumpulan juga telah menunjukkan peningkatan dan perkembangan yang sungguh memberangsangkan.Syabas!

Keputusan Audit Siri 3/2009 adalah seperti berikut :

1 - Kumpulan Bravo
2 - Kumpulan Rafflesia
3 - Kumpulan Dahlia
4 - Kumpulan Hotelier
5 - Kumpulan Delta
6 - Kumpulan Megatron
7 - Kumpulan Orkid
8 - Kumpulan Mawar
9 - Kumpulan Charlie
10 - Kumpulan Alpha
11 - Kumpulan Elektron
12 - Kumpulan Neutron
13 - Kumpulan Dinar