Ahad, 11 Julai 2010

Keputusan Audit Siri 6/2010

Keputusan audit untuk siri 6/2010 telah pun dikeluarkan oleh Ketua Juruaudit iaitu En. Azahari Ahmad.Berikut merupakan kedudukan bagi setiap kumpulan.

1 - Dinar
2 - Neutron
3 - Bravo
4 - Alpha
5 - Megatron
6 - Hotelier
7 - Dahlia
8 - Delta
9 - Orkid
10 - Rafflesia
11 - Mawar
12 - Elektron
13 - Charlie

Rabu, 7 Julai 2010

Lawatan ke KD Pelandok,TLDM Lumut

Pada 5 Julai 2010,seramai 33 orang staf Pusat Latihan telah berkunjung ke KD Pelandok,TLDM Lumut bagi melihat amalan 5S di sana. Kunjungan kami disambut meriah oleh AJK 5S KD Pelandok serta Lt.Komander Jamel bin A. Rahman. Sesi taklimat disampaikan sendiri oleh Lt. Komander Jamel di Dewan Auditorium sebelum menikmati minum pagi. Seterusnya kami dibawa melawat Galeri Q,Perpustakaan serta Fakulti-fakulti yang terdapat di sana.Untuk pengetahuan,KD Pelandok telah berjaya mendapatkan Pensijilan 5S pada 29 Jun 2010 dan kami adalah merupakan kumpulan pertama yang mengadakan lawatan ke sana.

Jutaan terima kasih buat team-team 5S KD Pelandok di atas kesudian anda menerima lawatan kami serta berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai 5S.

Semoga lawatan pada kali ini dapat mencetuskan semangat serta iltizam staf Pusat Latihan UiTM agar lebih komited dalam usaha-usaha untuk mendapatkan Pensijilan 5S.